Kami di ALWIYA BETA BIZ dan ARJUNA BETA BIZ menawarkan Perkhidmatan Pengurusan Nikah-Kahwin Di Selatan Thailand Mengikut Syarak yang Diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Kami berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam menguruskan perkahwinan pasangan pengantin dan sentiasa bersedia untuk berbincang untuk menyelesaikan masalah pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan di Thailand ATAU masalah pasangan yang telah berkahwin dan mempunyai masalah dokumentasi untuk pendaftaran kembali di Malaysia.
PIHAK KAMI akan menguruskan secara peribadi (mengikut pilihan Pakej) dengan mambawa pasangan yang ingin bernikah ke Majlis Agama Islam Selatan Thailand Yang Diiktiraf Kerajaan dimana semua urusan pernikahan akan dilakukan oleh Jurunikah Bertauliah. Pihak kami juga akan menguruskan pelanggan untuk urusan Pendaftaran Dokumen Nikah di Konsulate Malaysia Songkhla bagi membolehkan pasangan kembali mendaftar Pernikahan di Malaysia.
Pihak kami juga menyediakan Panel Guaman dan Agen Pendaftaran Nikah berpengalaman di Malaysia bagi membantu memudahkan urusan pendaftaran Nikah pasangan di Malaysia dengan Pakej yang berpatutan.
Untuk permintaan perkhidmatan tambahan, pihak kami sedia berbincang dengan tambahan kos yang berpatutan.
Bayaran Deposit adalah seperti Terma dan Syarat di Perjanjian Pelanggan.
Semua Bayaran Baki hendaklah dijelaskan semasa perjumpaan dengan Pegawai ABB disempadan pada hari kemasukan ke Thailand.
Pasangan dinasihatkan untuk menukar Ringgit Malaysia ke Matawang Thai Bath kerana matawang Malaysia tidak diterima di Hatyai/Songkhla. Ini adalah kerana Nilai Matawang Malaysia lebih rendah dari Thai Bath. (Pertukaran Wang Disediakan)

DOKUMEN YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH PASANGAN (ORIGINAL)
1. Kad pengenalan.
2. Pasport Antarabangsa
3. Thai Pass dengan Barcode Kelulusan
4. MorChana Application (Sila Download ke Handphone anda
5. Surat Cerai/Surat Kematian Suami (Jika berkenaan) ORIGINAL DOCUMENT. (Bagi yang berstatus janda kena pastikan tempoh edah sudah melebihi 100 hari dari tarikh surat cerai yang telah dikeluarkan)
6. Surat/Kad Mualaf (jika berkenaan)
7. Surat Akuan Memeluk Islam (bagi muallaf sahaja). ORIGINAL DOCUMENT.
8. Surat izin wali (Jika ada)
9. Mas kahwin (Harus disediakan sendiri oleh pasangan semasa upacara pernikahan adalah seperti dalam nilai RM atau barang kemas)
PAKAIAN UNTUK PASANGAN PENGANTIN SEMASA AKAD NIKAH
Pengantin Lelaki : Baju Melayu, Jubah @ Kemeja
Pengantin Wanita: Bertudung, Berbaju Kurung, Jubah dan sebagainya yang menutup aurat
TARIKH-TARIKH PERNIKAHAN
1. Perkahwinan dan Pendaftaran dengan Konsulat Malaysia dalam masa 2H1M adalah antara hari Isnin hingga Rabu sahaja. (kecuali cuti umum Thailand/Malaysia)
MAKLUMAT TAMBAHAN:
1. Pasangan yang bekerja sebagai Anggota Polis/Tentera – Perlulah mendapatkan surat pengesahan dari Jabatan
2. Perlu mendapat kebenaran dari Jabatan Imigresen sekiranya Nama Tuan/Puan telah disenarai hitam untuk keluar Negara.
3. Pasangan yang berhasrat untuk berkahwin dengan Rakyat Asing perlu memastikan mendapat VISA ke Thailand.